14 June 2013

Ya Rabbi... Pelupa Tahap Gaban...

salam semua...

sebenarnya nak buat entri pasal ni malam tadi tapi biasala.. bila kat rumah, mana ada masa nak online...
pastu lupa dah pasal hal ni.. tadi terbaca entri Sue pasal Alzheimer...terus teringat pasal hal semalam... bila dipikir-pikirkan.. nak gelak ada, nak nangis pun ada..
ok, camni ceritanya...

pagi semalam, hubby bagi saya bawak motor ke tempat kerja sebab saya kena handle kursus.. tapi bukan bawak dari rumah.. motor tu dah ada kat ofis dia.. so, bila sampai jer ofis dia, dia bagi la motor tu... seanng saya nak ke mana-mana nanti.. lagi pun saya ni tak reti / takut nak bawak kereta... so, saya pun bawak la motor tu pagi tu... masa kursus tu, punya la saya boring.. terus mesej hubby mintak laptop..nge.. boleh buka fb / blog sambil-sambil jadi urusetia kan...

tengah hari tu, saya balik ke ofis hubby untuk ambil laptop... pastu hubby cakap dia nak guna motor plak pastu.. so, dia hantar saya balik ke tempat kursus... lepas kursus tu, tengah siap-siap nak balik.. saya cari kunci motor.. ha sudah.. mana plak saya letak.. muka dah cuak tau.. tetiba hubby call kata dah sampai... baru teringat yang motor tu ada kat dia...fuh, selamat saya... nasib baik tak hilang... CUAK giler saya masa tu.. lepas naik motor tu, terus saya tergelak-gelak.. giler pelupa la saya ni... benda macam tu pun boleh saya lupa... dalam masa yang sama, saya juga terpikir, naper la penyakit lupa ni makin teruk.. makin hari makin kronik.. masa tu saya mula la sedih.. sakit apa la aku ni...

hari ni bila terbaca entri Sue, mula la saya terpikir.. adakah saya ni pun bakal pengidap penyakit Alzheimer tu? nauzubillah... 


I am now your Shaklee Independent Distributor


Dengan ini, saya ingin memaklumkan pada semua rakan-rakan bahawa saya kini adalah salah seorang
Shaklee Independent Distributor.

Semua rencana berkaitan produk Shaklee  boleh didapati di blog saya iaitu
Suppliment Seisi Keluarga

dan rakan-rakan juga boleh pm saya di Facebook iaitu
Suppliment Seisi Keluarga






06 June 2013

Home Organizing @ Susun Atur Sioca

Salam semua...

Tinggal beberapa bulan jer lagi saya akan berpindah masuk ke rumah baru. Tak sabar rasanya. Sekarang ni mood tengah mencari kotak-kotak untuk membungkus barang. Dalam masa yang sama, saya dah mula intai-intai blog berkaitan susun atur (organizing). Mula-mula sekali saya terjumpa blog Aku Bukan Bidadari. Dari situ, saya mula menjejakkan kaki ke blog luar negara iaitu IHeart Organizing. Fuh, kalau korang tengok cara dia susun atur rumah dia, memang mantap. 

dan saya mula bercita-cita nak buat satu bilik playroom untuk anak-anak macam ni (lebih kurang la)


dan lepas tu, biras saya ada bagitau yang dia terjumpa blog orang kita yang juga suka susun atur ni tapi dia takde plak bagi link blog orang tu, so saya google dan mula terjumpa beberapa blog lain yang berkaitan. Tapi antara yang saya jumpa tu, blog ini yang menjadi rujukan saya sebab dia ada beberapa link blog susun atur yang lain dalam blog dia. Blog yang saya maksudkan adalah blog ini

(klik banner untuk ke blog asal)

Banyak juga info baru yang saya dapat dari blog ini terutama sekali berkaitan Kitchen Cabinet (KC). Contohnya macam dalam ENTRI ini. Sebenarnya kalau di pejabat kita amalkan 5S kan, jadi susun atur @organizing ni guna konsep 5S tu jugak la. So, bagi ibu-ibu yang rajin nak transform rumah korang jadi lebih baik, korang boleh rujuk ke blog Susun Atur Sioca

Yang penting, untuk buat susun atur ni korang tak perlu ada barang yang mahal untuk ubah apa-apa. Buat setakat yang termampu jer.

Ops, lupa nak bagitau, sekarang ni Susun Atur Sioca tengah menjalankan Giveaway.. Hadiah dia menarik tau. Nak tau apa dia? Ha, inilah hadiahnya...


Tak nak ker? Kalau nak join, korang boleh klik banner di atas ni k.

Ok, selamat ber'organizing'...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pink Transparent Star